Monday, March 09, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430H





Sempena Maulidur Rasul 1430H PPKD telah
menyertai komuniti Apt.Dahlia untuk bersama-sama memeriahkan hari sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh KRT Apt.Dahlia.
Bersama dengan blok-blok lain kemeriahan menyambut Maulidur Rasul telah dirasai seminggu sebelum acara sebenar berlangsung dimana kesibukan peserta-peserta untuk mengambil bahagian dengan latihan nasyid untuk kanak-kanak dan membuat banner perarakan.

Dengan usaha yang tidak mengenal putus asa,persediaan untuk perarakan telah berjaya dilakukan dimana banner yang dibuat dalam masa seminggu telah berjaya memenangi sebagai
Johan Perarakan Maulidur Rasul 1430H.

Kumpulan Nasyid NurQaseh dari Blok K Apt.Dahlia juga berjaya menjadi Johan Nasyid Maulidur Rasul 1430H.Kesungguhan dan kelunakan vokal penyanyi utama NurQaseh Adik Azhan memikat hati Juri Hakim sehingga berjaya mengalahkan 15 pasukan nasyid dari seluruh blok di apt Dahlia.