Monday, May 23, 2005

Azri Mhd Zaki -anak angkat warga Apt Dahlia,Blok K

Posted by Hello
Shaiful Azzam dan Azri

Posted by Hello
Ibu Yang Paling Cun

Posted by Hello
Hari Ibu apt Dahlia 2005 -teramat meriah dgn ibu-ibu berlumba makan .

Posted by Hello

Hari Ibu 18 Mei 2005

SEMEMANGNYA SANGAT SUKAR untuk memahami rasa pertalian yang mendalam dan sebegitu suci yang wujud antara kita dan ibu-ibu kita. Kita boleh menyayangi sesuatu seperti emas dan intan, tetapi tiada suatu pun yang dapat menandingi kasih seorang ibu kepada anak-anaknya.
Kaum ibu di seluruh dunia memelihara dan membesarkan anak-anak mereka, seringkali tidak mengendahkan kehidupan mereka sendiri. Pertama sekali, mereka mengandungkan kita selama sembilan bulan di dalam rahim mereka, kemudian membawa kita memasuki dunia ini menerusi kelahiran yang sangat menyakitkan. Seterusnya mereka menjaga kita sebagai bayi... fikirkan tentang malam-malam di mana mereka bersengkang mata dan hari-hari yang terlalu memenatkan. Mendidik anak-anak kecil serta berdepan dengan remaja yang suka membantah bukanlah suatu tugasan mudah.
Ibu-ibu, kami menyayangi anda. Semoga Tuhan memberkati anda selalu.